![]() |
![]() |
|
|
Maahad Muhammadi Tumpat merupakan salah
sebuah Sekolah Menengah Agama yang mempunyai dua aliran iaitu Arab
dan Melayu. Sekolah ini merupakan salah sebuah Sekolah Menengah Agama
(Arab) Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kelolaan dan pentadibran
Yayasan Islam Kelantan.
Sesetengah pihak menganggap bahawa
sekolah Arab merupakan "second class" kerana sekolah ini merupakan
institusi pendidikan agama. Konsep yang sebegini adalah konsep yang
mengkiblatkan kepada takrifan Barat yang sentiasa memisahkan di
antara duniawi dan ukhrawi. Apa yang menyedihkan kita, tanggapan yang
sebegini adalah lahir dari golongan yang beragama Islam sendiri yang
sama ada disedari atau tidak terbawa-bawa dengan konsep sekularisme
dan pengaruh Barat yang memisahkan antara kedua-dua
bidang
ini.
Golongan ini juga menganggap orang-orang
yang berpendidikan agama hanya tertumpu kepada perkara yang berkaitan
dengan agama semata-mata ( mengikut takrifan agama dari kaca mata
mereka). Kini, tanggapan yang sebegini telah mula terhakis dalam
benak dan pemikiran masyarakat
kita.
Malah kini permintaan untuk belajar di
sekolah-sekolah menengah agama di bawah pentadbiran Yayasan Islam
Kelantan ini semakin meningkat malah kita terpaksa menampilkan
beberapa syarat untuk kemasukan. Keadaan ini berlaku kerana usaha dan
kesungguhan oleh pelbagai pihak , sama ada pihak sekolah, Yayasan
Islam Kelantan, dan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri. Malah rasa
tanggungjawab dan kesedaran ibu bapa dalam memberi pendidikan kepada
anak-anak dengan berpaksikan kepada akidah Islam adalah merupakan
alasan yang kukuh menjadikan Sekolah Menengah Agama (Arab) di
Kelantan menjadi tumpuan pelbagai kelas masyarakat untuk menghantar
anak-anak ke sekolah ini. Hingga kini lebih dari 42,000 orang pelajar
di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.
Di atas rasa kesedaran dan
tanggungjawab itu jugalah kami di Maahad Muhammadi Tumpat telah
menerbitkan Laman Web ini untuk tontonan semua pihak. Tujuan kami
juga, supaya pengunjung-pengunjung laman ini akan dapat mencurahkan
pengalaman dan pandangan yang membina untuk memajukan dunia
pendidikan Islam. Kami di sini sentiasa menadah tangan dan
melapangkan fikiran untuk menerima kritikan dan pandangan dari
tua/puan. Dalam meneruskan agenda pendidikan Islam kami di sini
sentiasa mempunyai fikiran yang terbuka walaupun terpaksa menongkah
berbagai-bagai pengalaman pahit dan liku-liiku kehidupan sebagai
seorang guru yang sentiasa hidup dalam pertembungan budaya masa kini
yang mempunyai pelbagai ideologi dan persepsi. Matlamat kami hanyalah
satu iaitu memajukan dunia pendidikan Islam tanpa memisahkan dunia
dan akhirat, atau dengan kata lain pendidikan kami adalah pendidikan
yang menjurus kepada akidah. Objektif kami adalah intergrasi di
antara ilmu dan kehidupan untuk dunia dan akhirat.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih
kepada tuan/puan semua kerana sudi melawat laman ini. Sama-samalah
kita berdoa kepada Allah semoga dunia pendidikan Islam terus mara
menuju ke arah kecemerlangan.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu
`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
SELAMAT DATANG
KE HOMEPAGE KAMI
MOHD YAZID YUSOFF
Maahad Muhammadi
Tumpat.
16000 Tumpat ,
Kelantan, Malaysia.
09-
7257817 fax: 09-7253204
e-mail:mmts@tm.net.mye-mail:webmaster: M. Yazid Yusoff
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|