PENDIDIKAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN YAYASAN
ISLAM KELANTAN
Falsafah
Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah Pendidikan
Islam sebagaimana yang diterangkan pengertian dalam
istilah-istilah ta'lim, ta'did, irsyad dan tadris
adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan prestasi individu muslim sebagai
hamba Allah dan khalifahnya di bumi secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan
seimbang dari segi rohani dan jasmani berdasarkan
kepada ajaran Islam. Usaha ini adalah bagi
melahirkan muslim yang beriman , berilmu
pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhhidmat
untuk membangunkan keluarga, masyarakat,
negara dan umat.
Falsafah Pendidikan Maahad Muhammadi Tumpat ialah usaha yang berterusan untuk mentarbiah, mengajar, membentuk dan memperkembangkan potensi pelajar supaya menjadi insan mukmin yang berilmu dan beramal soleh selaras dengan Pembangunan Umat, Masyarakat dan Negara. Menjalin Permuafakatan yang erat antara ibu bapa , guru-guru dan masyarakat dalam menuju sasaran dan matlamat kebahagiaan di dunia dan di akhhirat. |
Matlamat | Profail | Pentadbiran
Hal Ehwal Pelajar | Kurikulum | Kokurikulum | Peperiksaan
Kakitangan Sokongan | Album | PIBG | Alumni